Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Ministry of Youth and Sports Sarawak

Jelajah Belia Sarawak 2020(Tupong)
Posted on : 03 Nov 2020
 

 

KUCHING: Kementerian Belia dan Sukan Sarawak sekali lagi telah mengadakan Jelajah Belia Sarawak 2020 (Tupong) di The Waterfront Hotel pada 31 Oktober 2020 (Sabtu) yang lalu. Program Jelajah Belia bertemakan Belia X-tive Pemangkin Pembangunan Negara dapat memperkasakan peranan belia dalam pembangunan negara dan negeri.

Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut seperti Sesi Ice breaking bersama Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Persembahan Selamat Datang, Sesi Motivasi bersama Ikon Belia Sarawak, Sesi Gimik perasmian, sesi sembang bersama Yang Berhormat# Belia...Apa Kata Kitak dan cabutan bertuah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.6 Tupong, Yang Berhormat Encik Fazzrudin Abdul Rahman berkata,  program ini dapat dijadikan platform untuk golongan itu menyuarakan suara hati mereka.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. 


Gimik perasmian Program Jelajah Belia Sarawak bersama YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah,YB Encik Fazzrudin Abdul Rahman dan Puan Nancy Haji Jolhi