Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Ministry of Youth and Sports Sarawak

Sarawak Youth Creative Industry Fund (SYCIF)Sarawak Youth Creative Industry Fund (SYCIF)

 

TERMA DAN SYARAT:

1.Pemohon adalah terdiri daripada belia berumur antara 15 hingga 40 tahun.

2.Pemohon merupakan belia tempatan Sarawak dan warganegara Malaysia.

3.Permohonan hendaklah merangkumi sama ada dari aspek penyertaan, pendedahan, pembangunan dan pengembangan belia dalam rangkaian nilai berasaskan muzik, teater, kreativiti dan inovasi (seni dan reka bentuk, pembikinan video, permainan video, animasi, filem dan lain-lain.

4.Bagi jumlah dana yang besar, ianya akan disalurkan secara berperingkat berdasarkan laporan kemajuan kerja atau tahap pencapaian.

5.Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan (Borang MYSS/BELIA/SYCIF/20) yang disediakan beserta kertas cadangan program (MYSS/BELIA/SYCIF/PP).

6.Sekiranya pemohon adalah daripada Persatuan Belia, hendaklah berdaftar di bawah ROS atau ROY atau pihak berkuasa berkaitan (Residen/ Pegawai Daerah).

7.Laporan lengkap selepas pelaksanaan program hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan Sarawak untuk tujuan rujukan dan rekod.

 

SENARAI KEPERLUAN BAGI PERMOHONAN

1.Salinan Kad Pengenalan 

2.Salinan Sijil Pendaftaran Persatuan (bagi pemohon belia yang berpersatuan)  

3.Kertas cadangan program mengikut format MYSS 

4.Mengisi Borang MYSS/BELIA/SYCIF/20

 

FORMAT KERTAS CADANGAN SARAWAK YOUTH CREATIVE INDUSTRY FUND:

1.0      Tujuan

2.0      Latar Belakang Program/ Projek/ Inisiatif

3.0      Objektif Program/ Projek/ Inisiatif

4.0      Butiran Program/ Projek/ Inisiatif

4.1      Tarikh & Tempat 

4.2      Pengisian Program/ Projek/ Inisiatif

5.0      Justifikasi

6.0      Anggaran Kos Perbelanjaan

7.0      Faedah atau Output Yang Dijangka Daripada Program/ Projek/ Inisiatif

 

BORANG:

1. SARAWAK YOUTH CREATIVE INDUSTRY FORM 2020